me not you!

Friday, February 5, 2016

Escape to egypt


Bagus apa kain itu kalau tanpa coraknya
indah apa hidup tanpa ujian  dariNya

Sungguh
banyak ku belajar dari permusafiran ku di tanah ini

kesabaran ku diuji
keimanan ku digegar
Dia mahu lihat kebergantunganmu bagaimana.
ya,Dia mahu uji engkau
Dan engkau hampir sahaja tewas
Mujur sahabat ditepi bahu shj
bisa ditarik pantas bila tergelincir
mereka sgt konkrit dari aku yang rantingan kecil
Kapan sahaja bisa luruh pabila ditiup .


Aku belajar, aku nampak, aku rasa
Pancaindera yg selama dikurnia tak diendah,
kini pandai berperan semula
Mata kepala bersaksi segala
cantik sekali alam sang Pencipta
Bermacam ragam manusia ku saksikan
yang utama ku kutip semua pelajaran
kerna menghukum semua kerja Tuhan.

Syukur Ya Allah,
Kau hantar permata berlian
sedang aku kaca yang mahu mencari kegemilangan sebalik sinar mereka.
mereka menguatkanku melalui cintaMu.
moga tali-tali yang tersimpul mati bagaikan nil yang sentiasa mengalir mengidupkan penghidupan di mesir.
sampai jumpa kota 'asal aswad
moga sejarahmu terus mengharum dan mengetuk hati manusia.


ardun kinanah,21jan-4feb 2016


No comments:

Post a Comment

cakaple sumthing kt saye:)